Sunday, May 26, 2013
Mengharamkan
{66}
AT-TAHRIM (mengharamkan) 1~12.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
Nabi ! mengapakah engkau haramkan barang yang Allah halalkan buat mu lantaran
engkau mahukan keredaan isteri-isteri mu ?
tetapi Allah itu penutup,
penyayang.
2.
Sesungguhnya Allah telah wajib kan atas kamu penebus sumpah-sumpah kamu, kerana
Allah itu pengurus kamu, dan ialah yang mengetahui, yang bijaksana.
3. Dan
ingatlah, tetakala Nabi bisikkan kepada seorang daripada isteri-isteri nya satu
omongan, maka tetakala ia khabarkan (rahsia) itu, dan Allah terangkan (hal) itu kepadanya. Ia nyatakan sebahagian nya dan ia berpaling dari
sebahagian, maka ketika ia khabarkan kepada nya hal itu, ia bertanya; “siapa
khaarkan hal itu kepada mu ?” ia jawab; “telah khabarkan kepada ku Tuhan yang mengetahui, yang tidak tersembunyi suatu daripadanya”.
4. Jika kamu
berdua taubat kepada Allah, maka sesungguhnya (bererti) hati-hati kamu condong
(kepada kebaikan) dan jika kamu berdua menyusahkan dia, maka sesungguhnya Allah
itu ialah penolong nya dan Jibril dan
mukmin yang baik, dan selain dari itu, melaikat jadi penolongnya.
5. Jika
ia ceraikan kamu, bisa jadi Tuhan nya gantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,
yang muslimat, yang mukminat, yang taat, yang bertaubat, yang beribadat, yang
puasa, yang janda, dan yang perawan.
6. Hai orang-orang
yang beriman ! pelihara lah diri-diri
kamu dan anak isteri kamu daripada neraka yang pembakaran nya itu manusia dan
batu, yang penjaganya itu melaikat yang kasar, yang tegap, yang tidak derhaka
kepada Allah (tentang) apa yang ia suruh mereka, dan mereka berbuat apa yang
mereka diperintah.
7. Hai
orang-orang kafir ! janganlah kamu membela diri pada hari ini, kamu tidak
dibalas melainkan menurut apa yang kamu telah kerjakan.
8. Hai
orang-orang yang beriman ! bertaubatlah kepada Allah satu taubat yang ikhlas,
mudahan Tuhan kamu hapuskan dari kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan ia masukkan kamu kedalam syurga-syurga yang
mengalir padanya sungai-sungai pada hari yang Allah tidak kecewakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersertanya, cahaya mereka berjalan dihadapan mereka dan dikanan-kanan mereka,
mereka berkata; “hai Tuhan kami ! sempurnakan lah bagi kami cahaya kami dan
ampunkan lah kami, sesungguhnya engaku
atas tiap-tiap suatuu berkuasa.
9. Hai
Nabi ! bersungguh-sungguh lah terhadap kafir-kafir dan munafik-munafik, dan
belaku keraslah terhadap mereka, dan
tempat kembali mereka itu jahanam, dan jelek sangat tempat kembali itu!.
10. Allah
telah adakan contoh bagi orang-orang kafir (iaitu) isteri Nuh dan Isteri Luth,
adalah kedua-dua nya dibawah dua hamba daripada hamba-hamba kami yang soleh,
lalu mereka berdua berkhainat kepada dua orang lelaki itu, maka mereka berdua
tidak dapat mengelakkan daripada dua (isteri) itu sedikit pun daripada (azab)
Allah, dan dikata kepada dua (isteri) itu; “masuklah neraka bersama orang-orang
yang masuk”.
11. Dan
Allah telah adakan contoh bagi orang yang beriman (iaitu) isteri Firaun,
tetakala ia berkata; “hai Tuhan ku !
berikan lah bagi ku disisi mu satu rumah disyurga, dan selamatkan lah akan daku
dari Firaun dan pekerjaan nya dan selamatkan lah akan daku dari kaum yang
zalim”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment