Sunday, July 5, 2015

Ulasan Surah AL-HAJJ



Surah 22: 
 
AL-HAJJ (haji),

Surah Al-Hajj, termasuk golongan surah-surah Medaniyyah, terdiri atas 78 ayat, sedang menurut pendapat sebahagian ahli tafsir termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.  Sebab perbedaan ini ialah kerana sebahagian ayat-ayat surah ini ada yang diturunkan di Mekah dan sebahagian lagi diturunkan di Madinah.

Dinamai surah ini  “Al-Hajj”, kerana surah ini  mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadat haji, seperti ihram, tawaf, sa’i, wuquf di Arafah, mencukur rambut , syi’ar-syi’ar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyari’atkan nya haji.  Ditegaskan pula bahawa  ibadat haji itu telah disyariatkan dimasa Nabi Ibrahim a.s., dan Kaabah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s.  bersama puteranya Ismail a.s.

Menurut Al-Ghaznawi, surah Ah-hajj termasuk diantara surah-surah yang ajaib, diturunkan dimalam dan disiang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, dan ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturun di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan pepernangan  dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayat nya yang muhkam dan ada pula yang mutasyabihaat.

Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Hajj (1-78), 
 
Sumber 2;