Sunday, May 26, 2013

Kecurangan



{64}
At-Taghabun (ternyata kecurangan) 1~18.
Dengan nama Allah,  Pemurah, Penyayang.

1. Tunduk kepada (kemahuan) Alah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, kepunyaan nya lah semua kerajaan dan kepunyaan nya lah segala pujian, dan ia berkuasa atas taip-tiap sesuatu.
2. Ialah (Tuhan) yang menjadikan kamu, maka sebahagian dari kamu kafir dan sebahagian daripada kamu mukmin, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
3. Ia telah jadikan langit-langit dan bumi dengan mengandung faedah, dan ia telah rupakan kamu, dan ia telah baguskan rupa-rupa kau, dan kepadanya lah tempat kembali.
4. Ia mengetahui apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui apa-apa yang kamu rahsiakan dan apa-apa yang kamu terangkan, dan Allah mengetahui isi dada-dada.
5. Tidakkah datang kepada kamu khabar orang-orang dahulu yang kufur, lalu mereka rasakan ganjaran bagi pekerjaan mereka, sedang adalah bagi mereka azab yang pedih?
6. Yang demikian, ialah lantaran Rasul-Rasul untuk mereka pernah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan tetapi mereka berkata; “apakah manusia mahu memimpin kita ?” lalu mereka kufur dan berpaling, pada hal Allah tidak perlu (kepada mereka), kerana Allah itu kaya, terpuji.
7. Orang-orang yang kufur itu manyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan, katakanlah; “bahkan demi Tuhan ku ! sesungguhnya kamu akan dibangkitkan, kemudian akan dikhabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu telah kerjakan, dan yang demikian itu mudah atas Allah”.
8. Oleh itu, berimanlah kepada Allah dan Rasul nya dan (kepada) cahaya yang kami turunkan, dan Allah sadar terhadap apa-apa  yang kamu kerjakan.
9. (Ingatlah) hari yang ia kumpulkan kamu buat hari berkumpul, yang  demikian itu hari ternyata kecurangan dan barang siapa beriman kepada Allah dan beramal soleh, nescaya ia hapuskan daripada nya dosa-dosa nya, dan ia akan masukkan dia kedalam syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya selamanya, yang demikian itulah  kemenangan yang besar.
10. Dan orang-orang yang kufur dan dustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka, hal keadaan mereka kekal padanya, dan alangkah jelek tempat kembali !.

11. Suatu bahaya tidak mengenai melainkan dengan Allah, dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya ia pimpin hati-hatinya, kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap suatu.
12. Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(nya), tetapi jika kamu berpaling, maka tidak ada (kewajipan) atas Rasul kami melainkan menyampaikan dengan terang.
13. Allah itu  tidak ada Tuhan melainkan dia, dan kepada Allah lah hendaknya bertawakal orang-orang mukmin.
14. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya sebahagian daripada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu (adalah) musuh bagi kamu, oleh sebab itu, hendaklah kamu berawas terhadap mereka, dan jika kamu ampunkan dan kamu tidak marahi dan kamu tutup (dosa-dosa mereka), maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
15. Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu tidak lain melainkan percubaan, tetapi disisi Allah ada ganajaran yang besar.
16. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah sebisa-bisa kamu, dan dengarlah, dan taatlah, dan belanjakan lah harta untuk (kebaikan) kamu, kerana barang siapa terselamat daripada kebakhilan diri-diri nya, maka mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
17. Jika kamu pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, nescaya gandakan (ganjaran) bagi kamu, dan ia akan ampunkan kamu, kerana Allah itu penerima kasih, penyabar.
18. Yang mengetahui perkara yang azab dan yang hadir, yang gagah, yang bijakasana. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]



No comments:

Post a Comment