Sunday, May 26, 2013

Kerajaan


{67}
AL-MULK (kerajaan) 1~30.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Maha tinggi (Tuhan) yang digemgaman nya lah sekalian kerajaan ! dan ia, atas tiap-tiap suatu, berkuasa.
2. Yang jadikan kematian dan kehidupan untuk memberi percubaan kepada kamu siapakah dari kamu yang berlebih bagus amal(nya) dan ialah yang gagah, pengampun.
3. Yang telah jadikan tujuh langit bersusun-susun, engkau tidak dapat melihat pada pembikinan (Tuhan) pemurah itu ketiadaan beres, maka ulang kan lah pemandangan. Adakah engkau lihat cacat ?
4. Kemudian ulangkan lah penglihatan dua kali, nescaya kembali pemandangan itu kepada mu dengan merendah dan hampa.
5. Dan sesungguh nya kami telah hiasi langit yang dekat ini dengan pelita-pelita, dan kami jadikan dia lontaran-lonaran terhadap syaitan-syaitan, dan kami sediakan untuk mereka azab bakaran.
6. Dan adalah bagi orang-orang yang kufur kepada Tuhan mereka, azab jahanam, dan alangkah jelek tempat kembali itu !.
7. Apabila dicampakkan mereka kedalam nya, mereka akan dengan suara yang bengis, sedang ia mendidih.
8. Hampir (neraka) itu bercerai sendiri lantaran berang nya, tiap-tiap kali dicampakkan kepada nya satu puak, penunggu-penunggu nya berkata kepada mereka; “tidakkah datang kepada kamu seorang pengancam?”.
9. Mereka jawab; “betul, telah datang kepada kami seorang pengancam, lalu kami dustakan, dan kami berkata ; “Allah tidak turunkan apa-apa, kamu tidak lain melainkan didalam kesesatan yang besar”.
10. Dan mereka berkata; “jika kami telah dengar dan telah gunakan akal kami, nescaya tidaklah kami didalam (golongan) ahli neraka”.

11. Iaitu mereka mengaku akan dosa mereka, maka kecelakaan lah bagi ahli neraka.
12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan merkea dibelakang penglihatan manusia, adalah bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.
13. Dan rahsia kan lah perkataan kamu itu atau baringkan lah akan dia, sesungguhnya ia mengetahui isi-isi dada-dada.
14. Tidakkah (Tuhan) yang menjadikan itu tahu, sedang ialah yang lurus, yang sadar !.
15. Ialah yang telah dijadikan bumi mudah digunakan untuk kamu, maka berjalanlah diatas segala penjuru-penjurunya, dan makan lah rezeki nya, dan kepadanya lah tempat  kembali.
16. Apakah kamu merasa selamat daripada siapa yang dilangit akan membikin kamu ditelan oleh bumi, lantas tiba-tiba ia menggegar ?.
17. Atau apakah  kamu merasa selamat siapa yang dilangit akan mengirim kepada kamu angin pembawa batu kelikir ? tetapi kamu akan ketahui bagaimana ancaman ku !.
18. Dan sesungguhnya orang-orang yang dahulu daripada mereka, telah dustakan (Rasul-Rasul), maka (lihatlah) bagaimana kah kemurkaan ku !.
19. Dan tidakkah mereka melihat kepada burung-burung diatas mereka (terbang) berbaris-baris dan mengucup yang tidak menahan mereka melainkan (Tuhan) pemurah ?, sesungguhnya ia melihat tiap-tiap suatu.
20. Atau siapakah dia orang yang jadi tentera bagi kamu (buat) menolong  kamu selain (Tuhan) pemurah ?,  orang-orang kafir itu tidak lain melainkan didalam keadaan  tertipu.

21. Atau siapakah dia orang yang akan memberi rezeki kepada kamu jika ia tahan pemberian  nya ?  tetapi mereka melewati batas didalam kesombongan dan (didalam) berpaling.
22. Maka apakah orang yang berjalan meniup atas muka nya itu lebih terpimpin atau kah orang yang berjalan beres atas jambatan yang lurus ?
23. Katakan: “ialah (Tuhan) yang mengadakan kamu dan  menjadikan untuk kamu pendengaran dan penglihatan-penglihatan dan hati-hati, sesdikit sekali kamu bersyukur !” .
24. Katakan; “ialah (Tuhan)  yang jadikan kamu dibumi, dan kepadanya lah kamu akan dikumpulkan”.
25. Tetapi mereka akan bertanya; “bilakah (sampai nya) perjanjian ini, jika adalah kamu (ini) orang-orang yang benar ?”.
26. Jawablah; “pengetahuan (tentang itu) hanya disisi Allah, dan aku (ini) tidak lain melainkan seorang  pengancam yang menerangkan”.
27. Maka tetakala mereka lihat (azab) itu dekat, jadi jelek muka-muka mereka yang kafir, dan dikatakan; “inilah  barang yang kamu pernah minta (dilekaskan)”.
28. Katakan; “berilah tahu kepada ku jika Allah binasakan ku dan orang-orang yang beserta ku,  atau ia rahmati kami, maka siapakah yang dapat melepaskan orang-orang kafir  daripada azab yang pedih ?”.
29. Katakan; “ialah (Tuhan) pemurah, kami telah beriman kepadanya, dan kepadanya lah kami berserah diri, maka kamu akan ketahui siapa dia didalam kesesatan yang terang”.
30. Katakan; “berilah tahu kepada ku, jika air kamu mendalam, maka siapakah yang bisa membawa kepada kamu air yang bermata?”. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].


Mengharamkan



{66}
AT-TAHRIM (mengharamkan) 1~12.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Hai Nabi ! mengapakah engkau haramkan barang yang Allah halalkan buat mu lantaran engkau mahukan keredaan isteri-isteri mu ?   tetapi Allah  itu penutup, penyayang.
2. Sesungguhnya Allah telah wajib kan atas kamu penebus sumpah-sumpah kamu, kerana Allah itu pengurus kamu, dan ialah yang mengetahui, yang bijaksana.
3. Dan ingatlah, tetakala Nabi bisikkan kepada seorang daripada isteri-isteri nya satu omongan, maka tetakala ia khabarkan (rahsia) itu, dan Allah  terangkan (hal) itu kepadanya. Ia nyatakan  sebahagian nya dan ia berpaling dari sebahagian, maka ketika ia khabarkan kepada nya hal itu, ia bertanya; “siapa khaarkan hal itu kepada mu ?” ia jawab; “telah khabarkan kepada  ku Tuhan yang mengetahui, yang  tidak tersembunyi suatu daripadanya”.
4. Jika kamu berdua taubat kepada Allah, maka sesungguhnya (bererti) hati-hati kamu condong (kepada kebaikan) dan jika kamu berdua menyusahkan dia, maka sesungguhnya Allah itu ialah penolong nya dan Jibril dan  mukmin yang baik, dan selain dari itu, melaikat jadi penolongnya.
5. Jika ia ceraikan kamu, bisa jadi Tuhan nya gantikan kepadanya  isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslimat, yang mukminat, yang taat, yang bertaubat, yang beribadat, yang puasa, yang janda, dan yang perawan.
6. Hai orang-orang yang beriman ! pelihara lah  diri-diri kamu dan anak isteri kamu daripada neraka yang pembakaran nya itu manusia dan batu, yang penjaganya itu melaikat yang kasar, yang tegap, yang tidak derhaka kepada Allah (tentang) apa yang ia suruh mereka, dan mereka berbuat apa yang mereka diperintah.
7. Hai orang-orang kafir ! janganlah kamu membela diri pada hari ini, kamu tidak dibalas melainkan menurut apa yang kamu telah kerjakan.
8. Hai orang-orang yang beriman ! bertaubatlah kepada Allah satu taubat yang ikhlas, mudahan Tuhan kamu hapuskan dari kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan  ia masukkan kamu kedalam syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai pada hari yang Allah tidak kecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersertanya, cahaya mereka berjalan  dihadapan mereka dan dikanan-kanan mereka, mereka berkata; “hai Tuhan kami ! sempurnakan lah bagi kami cahaya kami dan ampunkan lah kami, sesungguhnya  engaku atas tiap-tiap suatuu berkuasa.
9. Hai Nabi ! bersungguh-sungguh lah terhadap kafir-kafir dan munafik-munafik, dan belaku  keraslah terhadap mereka, dan tempat kembali mereka itu jahanam, dan jelek sangat tempat kembali itu!.
10. Allah telah adakan contoh bagi orang-orang kafir (iaitu) isteri Nuh dan Isteri Luth, adalah kedua-dua nya dibawah dua hamba daripada hamba-hamba kami yang soleh, lalu mereka berdua berkhainat kepada dua orang lelaki itu, maka mereka berdua tidak dapat mengelakkan daripada dua (isteri) itu sedikit pun daripada (azab) Allah, dan dikata kepada dua (isteri) itu; “masuklah neraka bersama orang-orang yang masuk”.
11. Dan Allah telah adakan contoh bagi orang yang beriman (iaitu) isteri Firaun, tetakala ia berkata; “hai Tuhan ku ! berikan lah bagi ku disisi mu satu rumah disyurga, dan selamatkan lah akan daku dari Firaun dan pekerjaan nya dan selamatkan lah akan daku dari kaum yang zalim”.
12. Dan Mariam anak Amran yang telah pelihara kemaluan nya, lalu kami tiupkan padanya sebahagian dari ruh (bikinan) kami, dan ia telah beriman kepada kalimah-kalimah Tuhan nya dan kitab-kitab nya, dan adalah ia  daripada orang-orang  yang taat. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]. 


Penceraian



{65}
AT-TALAQ (perceraian) 1~12.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Hai Nabi ! apabila kamu mencerai isteri-isteri, hendaklah kamu cerai mereka buat menghadap idah mereka, dan hitunglah idah itu, dan berbaktilah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan tidak boleh keluar,  kecuali kalau mereka berbuat kejahatan yang terang, dan yang demikian itu batas-batas Allah, dan barang siapa melewati batas-batas Allah, dan barang siapa melewati batas-batas Allah, maka sesungguhnya ia menzalimi dirinya (sendiri), engaku tidak tahu barang kali Allah mengadakan, sesudah itu, satu urusan.
2. Maka apabila mereka sampai kepada (batas) idah mereka maka hendaklah kamu tahu mereka dengancara yang sopan atau kamu leaskan mereka dengan cara yang sopan, dan hendaklah kamu adakan dua saksi yang adil dari (antara) kamu, dan hendaklah  kamu dirikan persaksian itu kerana Allah, yang demikian nasihat yang diberikan nya terhadap orang  yang beriman kepada Allah dan hari yang akhir, kerana barang siapa berbakti kepada Allah, nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar.
3. Dan ia akan kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka, kerana barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya ia jadi pencukupnya, sesungguhnya Allah itu pelurus urusan nya, sesungguhnya Allah telah adakan  ketentuan bagi tiap-tiap suatu.
4. Dan mereka yang putus haid dari perempuan-perempuan kamu, jika kamu ragu-ragu, maka  idah mereka tiga bulan dan (jika) perempuan-perempuan yang tidak berhaid, dan perempuan-perempuan yang mengandung itu, idah mereka (ialah waktu) mereka melahirkan kandungan mereka, dan barang siapa berbakti kepada Allah nescaya ia jadikan kemudahan didalam urusan nya.
5. Yang demikian itu, hukum Allah yang ia turunkan dia kepada kamu, dan  barang siapa berbakti kepada Allah, nescaya ia hapuskan daripada nya dosa-dosa nya, dan ia akan besarkan bagi nya ganjaran nya.
6. Berilah mereka tempat tinggal dari tempat tinggal kamu, menurut kemampuan kamu, dan janganlah kamu susahkan mereka kerana hendak menyemptikan mereka, dan jika mereka mengandung, maka hendaklah kamu belanjai atas mereka hingga mereka melahirkan kandungan mereka, maka kalau mereka menyusui (anak-anak) bagi kamu hendaklah kamu beri mereka upah-upah mereka, dan hendaklah kamu bermesyuarat antara kamu  denan cara yang pantas, tetapi jika kamu kepayahan, maka (bolehlah perempuan) yang lain menyusui baginya.
7. Hendaklah  orang yang mempunyai kelapangan membalanjai menurut kelapangan nya, dan barang siapa sempit rezeki nya, maka hendaklah ia belanjai menurut apa yang diberi oleh Allah kepada nya, Allah tidak beratkan suatu jiwa melainkan menurut apa yang ia telah beri kepadanya, Allah akan jadikan kemudahan sesudah kepayahan.
8. Dan beberapa banyak dari (penduduk-penduduk) negeri-negeri berpaling dari perintah Tuhan nya dan Rasul-Rsaul nya, lalu kami perhidungkan mereka satu perhitungan yang keras, dan kami seksa mereka satu seksaan yang pedih.
9. Lalu ia rasai seksaan pekerjaan nya, dan adalah akibat urusan nya itu kerugian.
10. Allah sediakan untuk mereka azab yang keras, maka hendaklah kamu berbakti kepada Allah, hai orang-orang yang mempunyai fikiran, yang  beriman !  sesungguhnya Allah telah turunkan kepada  kamu satu peringatan.
11. (Iaitu) seorang Rasul yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang nyata-nyata untuk ia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan beramal soleh, nescaya ia masukkan dia kesyurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, didalam keadaan mereka kekal padanya selama nya, sesungguhnya Allah telah baguskan  pemberian baginya.
12. Allah lah yang menjadikan Tujuh langit dan seperti itu jika dari bumi,  berlaku perintah (Allah) diantaranya, supaya kamu ketahui bahawa Allah itu berkuasa atas tiap-tiap suatu, dan bahawa se nya Allah meliputi tiap-tiap suatu dengan pengetahuan nya. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References] 



Kecurangan



{64}
At-Taghabun (ternyata kecurangan) 1~18.
Dengan nama Allah,  Pemurah, Penyayang.

1. Tunduk kepada (kemahuan) Alah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, kepunyaan nya lah semua kerajaan dan kepunyaan nya lah segala pujian, dan ia berkuasa atas taip-tiap sesuatu.
2. Ialah (Tuhan) yang menjadikan kamu, maka sebahagian dari kamu kafir dan sebahagian daripada kamu mukmin, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
3. Ia telah jadikan langit-langit dan bumi dengan mengandung faedah, dan ia telah rupakan kamu, dan ia telah baguskan rupa-rupa kau, dan kepadanya lah tempat kembali.
4. Ia mengetahui apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui apa-apa yang kamu rahsiakan dan apa-apa yang kamu terangkan, dan Allah mengetahui isi dada-dada.
5. Tidakkah datang kepada kamu khabar orang-orang dahulu yang kufur, lalu mereka rasakan ganjaran bagi pekerjaan mereka, sedang adalah bagi mereka azab yang pedih?
6. Yang demikian, ialah lantaran Rasul-Rasul untuk mereka pernah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan tetapi mereka berkata; “apakah manusia mahu memimpin kita ?” lalu mereka kufur dan berpaling, pada hal Allah tidak perlu (kepada mereka), kerana Allah itu kaya, terpuji.
7. Orang-orang yang kufur itu manyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan, katakanlah; “bahkan demi Tuhan ku ! sesungguhnya kamu akan dibangkitkan, kemudian akan dikhabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu telah kerjakan, dan yang demikian itu mudah atas Allah”.
8. Oleh itu, berimanlah kepada Allah dan Rasul nya dan (kepada) cahaya yang kami turunkan, dan Allah sadar terhadap apa-apa  yang kamu kerjakan.
9. (Ingatlah) hari yang ia kumpulkan kamu buat hari berkumpul, yang  demikian itu hari ternyata kecurangan dan barang siapa beriman kepada Allah dan beramal soleh, nescaya ia hapuskan daripada nya dosa-dosa nya, dan ia akan masukkan dia kedalam syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya selamanya, yang demikian itulah  kemenangan yang besar.
10. Dan orang-orang yang kufur dan dustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka, hal keadaan mereka kekal padanya, dan alangkah jelek tempat kembali !.

11. Suatu bahaya tidak mengenai melainkan dengan Allah, dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya ia pimpin hati-hatinya, kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap suatu.
12. Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(nya), tetapi jika kamu berpaling, maka tidak ada (kewajipan) atas Rasul kami melainkan menyampaikan dengan terang.
13. Allah itu  tidak ada Tuhan melainkan dia, dan kepada Allah lah hendaknya bertawakal orang-orang mukmin.
14. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya sebahagian daripada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu (adalah) musuh bagi kamu, oleh sebab itu, hendaklah kamu berawas terhadap mereka, dan jika kamu ampunkan dan kamu tidak marahi dan kamu tutup (dosa-dosa mereka), maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
15. Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu tidak lain melainkan percubaan, tetapi disisi Allah ada ganajaran yang besar.
16. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah sebisa-bisa kamu, dan dengarlah, dan taatlah, dan belanjakan lah harta untuk (kebaikan) kamu, kerana barang siapa terselamat daripada kebakhilan diri-diri nya, maka mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
17. Jika kamu pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, nescaya gandakan (ganjaran) bagi kamu, dan ia akan ampunkan kamu, kerana Allah itu penerima kasih, penyabar.
18. Yang mengetahui perkara yang azab dan yang hadir, yang gagah, yang bijakasana. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]