[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
Sunday, May 26, 2013
Kerajaan
{67}
AL-MULK (kerajaan) 1~30.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Maha
tinggi (Tuhan) yang digemgaman nya lah sekalian kerajaan ! dan ia, atas
tiap-tiap suatu, berkuasa.
2. Yang
jadikan kematian dan kehidupan untuk memberi percubaan kepada kamu siapakah
dari kamu yang berlebih bagus amal(nya) dan ialah yang gagah, pengampun.
3. Yang
telah jadikan tujuh langit bersusun-susun, engkau tidak dapat melihat pada
pembikinan (Tuhan) pemurah itu ketiadaan beres, maka ulang kan lah pemandangan.
Adakah engkau lihat cacat ?
4.
Kemudian ulangkan lah penglihatan dua kali, nescaya kembali pemandangan itu
kepada mu dengan merendah dan hampa.
5. Dan
sesungguh nya kami telah hiasi langit yang dekat ini dengan pelita-pelita, dan
kami jadikan dia lontaran-lonaran terhadap syaitan-syaitan, dan kami sediakan
untuk mereka azab bakaran.
6. Dan
adalah bagi orang-orang yang kufur kepada Tuhan mereka, azab jahanam, dan
alangkah jelek tempat kembali itu !.
7.
Apabila dicampakkan mereka kedalam nya, mereka akan dengan suara yang bengis,
sedang ia mendidih.
8. Hampir
(neraka) itu bercerai sendiri lantaran berang nya, tiap-tiap kali dicampakkan
kepada nya satu puak, penunggu-penunggu nya berkata kepada mereka; “tidakkah
datang kepada kamu seorang pengancam?”.
9. Mereka
jawab; “betul, telah datang kepada kami seorang pengancam, lalu kami dustakan,
dan kami berkata ; “Allah tidak turunkan apa-apa, kamu tidak lain melainkan
didalam kesesatan yang besar”.
10. Dan
mereka berkata; “jika kami telah dengar dan telah gunakan akal kami, nescaya
tidaklah kami didalam (golongan) ahli neraka”.
11. Iaitu
mereka mengaku akan dosa mereka, maka kecelakaan lah bagi ahli neraka.
12.
Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan merkea dibelakang penglihatan
manusia, adalah bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.
13. Dan
rahsia kan lah perkataan kamu itu atau baringkan lah akan dia, sesungguhnya ia
mengetahui isi-isi dada-dada.
14.
Tidakkah (Tuhan) yang menjadikan itu tahu, sedang ialah yang lurus, yang sadar
!.
15. Ialah
yang telah dijadikan bumi mudah digunakan untuk kamu, maka berjalanlah diatas segala
penjuru-penjurunya, dan makan lah rezeki nya, dan kepadanya lah tempat kembali.
16.
Apakah kamu merasa selamat daripada siapa yang dilangit akan membikin kamu
ditelan oleh bumi, lantas tiba-tiba ia menggegar ?.
17. Atau
apakah kamu merasa selamat siapa yang
dilangit akan mengirim kepada kamu angin pembawa batu kelikir ? tetapi kamu
akan ketahui bagaimana ancaman ku !.
18. Dan
sesungguhnya orang-orang yang dahulu daripada mereka, telah dustakan (Rasul-Rasul),
maka (lihatlah) bagaimana kah kemurkaan ku !.
19. Dan
tidakkah mereka melihat kepada burung-burung diatas mereka (terbang)
berbaris-baris dan mengucup yang tidak menahan mereka melainkan (Tuhan) pemurah
?, sesungguhnya ia melihat tiap-tiap suatu.
20. Atau
siapakah dia orang yang jadi tentera bagi kamu (buat) menolong kamu selain (Tuhan) pemurah ?, orang-orang kafir itu tidak lain melainkan
didalam keadaan tertipu.
21. Atau
siapakah dia orang yang akan memberi rezeki kepada kamu jika ia tahan
pemberian nya ? tetapi mereka melewati batas didalam kesombongan
dan (didalam) berpaling.
22. Maka
apakah orang yang berjalan meniup atas muka nya itu lebih terpimpin atau kah
orang yang berjalan beres atas jambatan yang lurus ?
23.
Katakan: “ialah (Tuhan) yang mengadakan kamu dan menjadikan untuk kamu pendengaran dan
penglihatan-penglihatan dan hati-hati, sesdikit sekali kamu bersyukur !” .
24.
Katakan; “ialah (Tuhan) yang jadikan
kamu dibumi, dan kepadanya lah kamu akan dikumpulkan”.
25.
Tetapi mereka akan bertanya; “bilakah (sampai nya) perjanjian ini, jika adalah
kamu (ini) orang-orang yang benar ?”.
26.
Jawablah; “pengetahuan (tentang itu) hanya disisi Allah, dan aku (ini) tidak
lain melainkan seorang pengancam yang menerangkan”.
27. Maka
tetakala mereka lihat (azab) itu dekat, jadi jelek muka-muka mereka yang kafir,
dan dikatakan; “inilah barang yang kamu
pernah minta (dilekaskan)”.
28.
Katakan; “berilah tahu kepada ku jika Allah binasakan ku dan orang-orang yang
beserta ku, atau ia rahmati kami, maka
siapakah yang dapat melepaskan orang-orang kafir daripada azab yang pedih ?”.
29.
Katakan; “ialah (Tuhan) pemurah, kami telah beriman kepadanya, dan kepadanya
lah kami berserah diri, maka kamu akan ketahui siapa dia didalam kesesatan yang
terang”.
30.
Katakan; “berilah tahu kepada ku, jika air kamu mendalam, maka siapakah yang
bisa membawa kepada kamu air yang bermata?”.
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
Mengharamkan
{66}
AT-TAHRIM (mengharamkan) 1~12.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
Nabi ! mengapakah engkau haramkan barang yang Allah halalkan buat mu lantaran
engkau mahukan keredaan isteri-isteri mu ?
tetapi Allah itu penutup,
penyayang.
2.
Sesungguhnya Allah telah wajib kan atas kamu penebus sumpah-sumpah kamu, kerana
Allah itu pengurus kamu, dan ialah yang mengetahui, yang bijaksana.
3. Dan
ingatlah, tetakala Nabi bisikkan kepada seorang daripada isteri-isteri nya satu
omongan, maka tetakala ia khabarkan (rahsia) itu, dan Allah terangkan (hal) itu kepadanya. Ia nyatakan sebahagian nya dan ia berpaling dari
sebahagian, maka ketika ia khabarkan kepada nya hal itu, ia bertanya; “siapa
khaarkan hal itu kepada mu ?” ia jawab; “telah khabarkan kepada ku Tuhan yang mengetahui, yang tidak tersembunyi suatu daripadanya”.
4. Jika kamu
berdua taubat kepada Allah, maka sesungguhnya (bererti) hati-hati kamu condong
(kepada kebaikan) dan jika kamu berdua menyusahkan dia, maka sesungguhnya Allah
itu ialah penolong nya dan Jibril dan
mukmin yang baik, dan selain dari itu, melaikat jadi penolongnya.
5. Jika
ia ceraikan kamu, bisa jadi Tuhan nya gantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,
yang muslimat, yang mukminat, yang taat, yang bertaubat, yang beribadat, yang
puasa, yang janda, dan yang perawan.
6. Hai orang-orang
yang beriman ! pelihara lah diri-diri
kamu dan anak isteri kamu daripada neraka yang pembakaran nya itu manusia dan
batu, yang penjaganya itu melaikat yang kasar, yang tegap, yang tidak derhaka
kepada Allah (tentang) apa yang ia suruh mereka, dan mereka berbuat apa yang
mereka diperintah.
7. Hai
orang-orang kafir ! janganlah kamu membela diri pada hari ini, kamu tidak
dibalas melainkan menurut apa yang kamu telah kerjakan.
8. Hai
orang-orang yang beriman ! bertaubatlah kepada Allah satu taubat yang ikhlas,
mudahan Tuhan kamu hapuskan dari kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan ia masukkan kamu kedalam syurga-syurga yang
mengalir padanya sungai-sungai pada hari yang Allah tidak kecewakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersertanya, cahaya mereka berjalan dihadapan mereka dan dikanan-kanan mereka,
mereka berkata; “hai Tuhan kami ! sempurnakan lah bagi kami cahaya kami dan
ampunkan lah kami, sesungguhnya engaku
atas tiap-tiap suatuu berkuasa.
9. Hai
Nabi ! bersungguh-sungguh lah terhadap kafir-kafir dan munafik-munafik, dan
belaku keraslah terhadap mereka, dan
tempat kembali mereka itu jahanam, dan jelek sangat tempat kembali itu!.
10. Allah
telah adakan contoh bagi orang-orang kafir (iaitu) isteri Nuh dan Isteri Luth,
adalah kedua-dua nya dibawah dua hamba daripada hamba-hamba kami yang soleh,
lalu mereka berdua berkhainat kepada dua orang lelaki itu, maka mereka berdua
tidak dapat mengelakkan daripada dua (isteri) itu sedikit pun daripada (azab)
Allah, dan dikata kepada dua (isteri) itu; “masuklah neraka bersama orang-orang
yang masuk”.
11. Dan
Allah telah adakan contoh bagi orang yang beriman (iaitu) isteri Firaun,
tetakala ia berkata; “hai Tuhan ku !
berikan lah bagi ku disisi mu satu rumah disyurga, dan selamatkan lah akan daku
dari Firaun dan pekerjaan nya dan selamatkan lah akan daku dari kaum yang
zalim”.
Penceraian
{65}
AT-TALAQ (perceraian) 1~12.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
Nabi ! apabila kamu mencerai isteri-isteri, hendaklah kamu cerai mereka buat
menghadap idah mereka, dan hitunglah idah itu, dan berbaktilah kepada Allah,
Tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan tidak
boleh keluar, kecuali kalau mereka
berbuat kejahatan yang terang, dan yang demikian itu batas-batas Allah, dan
barang siapa melewati batas-batas Allah, dan barang siapa melewati batas-batas
Allah, maka sesungguhnya ia menzalimi dirinya (sendiri), engaku tidak tahu
barang kali Allah mengadakan, sesudah itu, satu urusan.
2. Maka
apabila mereka sampai kepada (batas) idah mereka maka hendaklah kamu tahu
mereka dengancara yang sopan atau kamu leaskan mereka dengan cara yang sopan,
dan hendaklah kamu adakan dua saksi yang adil dari (antara) kamu, dan hendaklah
kamu dirikan persaksian itu kerana
Allah, yang demikian nasihat yang diberikan nya terhadap orang yang beriman kepada Allah dan hari yang akhir,
kerana barang siapa berbakti kepada Allah, nescaya ia jadikan baginya satu
jalan keluar.
3. Dan ia
akan kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka, kerana barang siapa
bertawakal kepada Allah, nescaya ia jadi pencukupnya, sesungguhnya Allah itu
pelurus urusan nya, sesungguhnya Allah telah adakan ketentuan bagi tiap-tiap suatu.
4. Dan
mereka yang putus haid dari perempuan-perempuan kamu, jika kamu ragu-ragu,
maka idah mereka tiga bulan dan (jika)
perempuan-perempuan yang tidak berhaid, dan perempuan-perempuan yang mengandung
itu, idah mereka (ialah waktu) mereka melahirkan kandungan mereka, dan barang
siapa berbakti kepada Allah nescaya ia jadikan kemudahan didalam urusan nya.
5. Yang
demikian itu, hukum Allah yang ia turunkan dia kepada kamu, dan barang siapa berbakti kepada Allah, nescaya
ia hapuskan daripada nya dosa-dosa nya, dan ia akan besarkan bagi nya ganjaran
nya.
6.
Berilah mereka tempat tinggal dari tempat tinggal kamu, menurut kemampuan kamu,
dan janganlah kamu susahkan mereka kerana hendak menyemptikan mereka, dan jika
mereka mengandung, maka hendaklah kamu belanjai atas mereka hingga mereka
melahirkan kandungan mereka, maka kalau mereka menyusui (anak-anak) bagi kamu
hendaklah kamu beri mereka upah-upah mereka, dan hendaklah kamu bermesyuarat
antara kamu denan cara yang pantas,
tetapi jika kamu kepayahan, maka (bolehlah perempuan) yang lain menyusui
baginya.
7.
Hendaklah orang yang mempunyai
kelapangan membalanjai menurut kelapangan nya, dan barang siapa sempit rezeki
nya, maka hendaklah ia belanjai menurut apa yang diberi oleh Allah kepada nya,
Allah tidak beratkan suatu jiwa melainkan menurut apa yang ia telah beri
kepadanya, Allah akan jadikan kemudahan sesudah kepayahan.
8. Dan
beberapa banyak dari (penduduk-penduduk) negeri-negeri berpaling dari perintah
Tuhan nya dan Rasul-Rsaul nya, lalu kami perhidungkan mereka satu perhitungan
yang keras, dan kami seksa mereka satu seksaan yang pedih.
9. Lalu
ia rasai seksaan pekerjaan nya, dan adalah akibat urusan nya itu kerugian.
10. Allah
sediakan untuk mereka azab yang keras, maka hendaklah kamu berbakti kepada
Allah, hai orang-orang yang mempunyai fikiran, yang beriman !
sesungguhnya Allah telah turunkan kepada
kamu satu peringatan.
11.
(Iaitu) seorang Rasul yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang
nyata-nyata untuk ia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kegelapan-kegelapan kepada cahaya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan
beramal soleh, nescaya ia masukkan dia kesyurga-syurga yang mengalir padanya
sungai-sungai, didalam keadaan mereka kekal padanya selama nya, sesungguhnya
Allah telah baguskan pemberian baginya.
Kecurangan
{64}
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Tunduk
kepada (kemahuan) Alah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi,
kepunyaan nya lah semua kerajaan dan kepunyaan nya lah segala pujian, dan ia
berkuasa atas taip-tiap sesuatu.
2. Ialah
(Tuhan) yang menjadikan kamu, maka sebahagian dari kamu kafir dan sebahagian
daripada kamu mukmin, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
3. Ia
telah jadikan langit-langit dan bumi dengan mengandung faedah, dan ia telah
rupakan kamu, dan ia telah baguskan rupa-rupa kau, dan kepadanya lah tempat
kembali.
4. Ia
mengetahui apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui apa-apa yang
kamu rahsiakan dan apa-apa yang kamu terangkan, dan Allah mengetahui isi
dada-dada.
5.
Tidakkah datang kepada kamu khabar orang-orang dahulu yang kufur, lalu mereka
rasakan ganjaran bagi pekerjaan mereka, sedang adalah bagi mereka azab yang
pedih?
6. Yang
demikian, ialah lantaran Rasul-Rasul untuk mereka pernah datang kepada mereka
dengan (membawa) keterangan-keterangan tetapi mereka berkata; “apakah manusia
mahu memimpin kita ?” lalu mereka kufur dan berpaling, pada hal Allah tidak
perlu (kepada mereka), kerana Allah itu kaya, terpuji.
7.
Orang-orang yang kufur itu manyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan,
katakanlah; “bahkan demi Tuhan ku ! sesungguhnya kamu akan dibangkitkan,
kemudian akan dikhabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu telah kerjakan, dan
yang demikian itu mudah atas Allah”.
8. Oleh
itu, berimanlah kepada Allah dan Rasul nya dan (kepada) cahaya yang kami
turunkan, dan Allah sadar terhadap apa-apa
yang kamu kerjakan.
9.
(Ingatlah) hari yang ia kumpulkan kamu buat hari berkumpul, yang demikian itu hari ternyata kecurangan
dan barang siapa beriman kepada Allah dan beramal soleh, nescaya ia hapuskan
daripada nya dosa-dosa nya, dan ia akan masukkan dia kedalam syurga-syurga yang
mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya selamanya,
yang demikian itulah kemenangan yang
besar.
10. Dan
orang-orang yang kufur dan dustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka, hal
keadaan mereka kekal padanya, dan alangkah jelek tempat kembali !.
11. Suatu
bahaya tidak mengenai melainkan dengan Allah, dan barang siapa beriman kepada
Allah, nescaya ia pimpin hati-hatinya, kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap
suatu.
12. Dan
taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(nya), tetapi jika kamu berpaling,
maka tidak ada (kewajipan) atas Rasul kami melainkan menyampaikan dengan
terang.
13. Allah
itu tidak ada Tuhan melainkan dia, dan
kepada Allah lah hendaknya bertawakal orang-orang mukmin.
14. Hai
orang-orang yang beriman ! sesungguhnya
sebahagian daripada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu (adalah) musuh bagi
kamu, oleh sebab itu, hendaklah kamu berawas terhadap
mereka, dan jika kamu ampunkan dan kamu tidak marahi dan kamu tutup
(dosa-dosa mereka), maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
15.
Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu tidak lain melainkan
percubaan, tetapi disisi Allah ada ganajaran yang besar.
16. Oleh
itu, berbaktilah kepada Allah sebisa-bisa kamu, dan dengarlah, dan taatlah, dan
belanjakan lah harta untuk (kebaikan) kamu, kerana barang siapa terselamat
daripada kebakhilan diri-diri nya, maka mereka itu ialah orang-orang yang dapat
kejayaan.
17. Jika
kamu pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, nescaya gandakan
(ganjaran) bagi kamu, dan ia akan ampunkan kamu, kerana Allah itu penerima
kasih, penyabar.
Subscribe to:
Posts (Atom)