Sumber 1;
Sunday, July 5, 2015
Ulasan Surah AL-HAJJ
Surah 22:
AL-HAJJ (haji),
Surah Al-Hajj, termasuk
golongan surah-surah Medaniyyah, terdiri atas 78 ayat, sedang menurut pendapat
sebahagian ahli tafsir termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Sebab perbedaan ini ialah kerana sebahagian
ayat-ayat surah ini ada yang diturunkan di Mekah dan sebahagian lagi diturunkan
di Madinah.
Dinamai surah ini “Al-Hajj”, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan
ibadat haji, seperti ihram, tawaf, sa’i, wuquf di Arafah, mencukur rambut ,
syi’ar-syi’ar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyari’atkan nya
haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan dimasa
Nabi Ibrahim a.s., dan Kaabah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama puteranya Ismail a.s.
Menurut Al-Ghaznawi, surah
Ah-hajj termasuk diantara surah-surah yang ajaib, diturunkan dimalam dan
disiang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, dan ayat-ayat yang
diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturun di Madinah, isinya ada yang
berhubungan dengan pepernangan dan ada pula
yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayat nya yang muhkam dan ada pula
yang mutasyabihaat.
Sumber 1;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al-Hajj (1-78),
Sumber 2;
Subscribe to:
Posts (Atom)